Catatan

Tips penjagaan kesihatan kanak-kanak dan bayi

RAMBUT ↠  Rambut anak-anak  yang kerinting memang sukar untuk diurus dan memerlukan                    penjagaan yang rapi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah menyediakan dan                mengamalkan penggunaan  syampu  khas untuk anak-anak yang berambut kerinting. ↠ Rambut kerinting juga memerlukan sikat yang sesuai agar mudah diurus.Contohnya,            sikat yang tidak terlalu rapat.  ↠ Anak-anak yang mempunyai  masalah  rambut yang berkutu , ibu bapa haruslah                    memastikan penggunaan ubat kutu dan syampu kutu tidak diabaikan. MATA ↠ Penjagaan mata adalah sangat penting bagi mengelakkan anak-anak daripada rabun. ↠ Pastikan anak-anak tidak membaca atau  menonton televisyen  dalam keadaan yang        ...

Langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak

         Pada zaman era globalisasi kini, dunia kanak-kanak yang seronok telah terbatas akibat kes penculikan yang semakin menular di negara kita. Hal ini kerana, setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat bimbang tentang kes kehilangan kanak-kanak yang telah berleluasa terutamanya melibatkan kes penculikan. Apabila kanak-kanak tidak diawasi oleh orang dewasa, mereka akan diculik dengan mudah oleh penjenayah dan tidak guna lagi untuk menyesal di kemudian hari kerana bak kata pepatah, ‘nasi sudah menjadi bubur. Sebenarnya, pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan kanak- kanak.              Salah satu langkah untuk menjaga keselamatan kanak-kanak ialah mengawasi anak-anak apabila berada di tempat awam. Hal ini adalah untuk mengelakkan penculikan dan pemerdagangan kanak-kanak. Ibu bapa mestilah sentiasa memimpin tangan anak-anak ketika berada di luar rumah terutamanya apabila berada di pusat me...

Cara mengenang jasa ibu bapa

    Seperti yang kita ketahui, ibu bapa adalah insan yang paling banyak jasa yang mereka korbankan untuk kita sepanjang hayat kita. Merekalah yang akan sentiasa menjaga kita dari kita di dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan kemudian meningkat remaja hinggalah kita sudah menjadi dewasa dan mempunyai pekerjaan tetap serta mempunyai keluarga sendiri. Hari demi hari usia mereka pun akan semakin melanjut, semakin banyak penyakit yang datang pada mereka dan sehinggalah mereka uzur serta tidak mampu untuk membuat aktiviti dan kerja seperti dahulu. Apabila mereka sudah uzur, kita yang sebagai anak haruslah memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga kedua ibu bapa kita serta sentiasa mengenang jasa ibu bapa kita.        Antara berikut adalah cara-cara untuk mengenang jasa kedua ibu bapa kita yang pertama ialah kita sebagai anak haruslah mel ayan kerenah ibu bapa. Seperti yang kita ketahui, apabila seseorang telah lanjut usianya pasti perangai keana...